Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Dis 2019
Versi 8.2.2
Pengeluaran Lesen Pungutan AwamPengeluaran Lesen Pungutan Awam
Lesen Pungutan Awam

Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam.

Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Bintulu proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Bintulu sahaja.

Sekiranya pemohon ingin mengadakan pungutan awam di dua atau lebih banyak bahagian, permohonan mesti ditujukan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak di Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching.

Bagaimana anda memohon?

Dapatkan Borang A secara percuma di Pejabat Residen Bahagian Bintulu. Isi Borang A dalam (4) empat salinan dan kemukakannya bersama dokumen berikut:

  • Tiga (3) gambar bersaiz pasport bagi setiap pemohon dan pemungut
  • Satu (1) salinan fotostat kad pengenalan bagi setiap pemohon dan pemungut
  • Satu (1) salinan penyata akaun bank
  • Satu (1) salinan minit mesyuarat terkini

Yuran lesen sebanyak RM25.00 akan dikenakan.