Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BIKF LONJAK EKONOMI BINTULU

Posted on 02 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo (BIKF) Edisi Ke-16 mampu melonjakkan ekonomi masyarakat di Bintulu.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Haidar Khan Asghar Khan berkata, BIKF juga membantu mempromosikan Bintulu di mata dunia sebagai destinasi pelancongan.

Menurutnya, pemain-pemain utama layang-layang dunia juga amat menantikan festival tersebut yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian semasa ditemui sempena BIKF Edisi Ke-16 di sini pada Sabtu.

Festival berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming.

Haidar menambah, BIKF merupakan acara tahunan yang meletakkan nama Bintulu sebaris dengan destinasi lain yang wajib untuk dikunjungi.- EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman