Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Profail Pejabat Daerah Bintulu

 

Profail Pejabat Daerah Bintulu


 
LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH BINTULU

SEJARAH

Bangunan Pejabat Daerah telah mula diwujudkan pada awal tahun 1880 lagi dan dinamakan sebagai "Fort Keppel". Bangunan "Fort Keppel" telah dibuat dengan kayu belian dan berlantaikan simen dan dibina di atas tapak "Commemorative Monument Bintulu" pada masa kini.

Sejarah awal telah menunjukkan bahawa Pejabat Daerah adalah satu-satunya bangunan agensi kerajaan yang memuatkan berbagai jabatan seperti Jabatan Kastam dan Jabatan Hutan dan mempunyai kakitangan tidak kurang daripada 20 orang pekerja.

Bangunan asal "Fort Keppel" telah musnah pada tahun 1942 selepas terkena letupan bom daripada pasukan Tentera Udara Bersekutu yang berpangkalan di Labuan.

Pada tahun 1945, apabila kesemua tentera Jepun menyerah, Pegawai Daerah Bintulu yang pertama mentadbir Daerah Bintulu adalah P.H.Buxton. Beliau adalah seseorang berbangsa Inggeris.


ZAMAN SEKARANG
 


Pejabat Daerah Bintulu terletak di bawah Komplek Bangunan Pejabat Residen Bahagian Bintulu. Komplek baru ini telah siap dibina pada bulan Mei 1985, bagi menggantikan Bangunan Pejabat Daerah yang lama iaitu dimana kedudukan Pejabat KWSP yang baru pada masa ini.

Pejabat Daerah Bintulu mempunyai kawasan Pentadbiran seluas 7,204 km persegi dan mempunyai berbilang kaum, agama dan bangsa kira-kira 215,000 orang mengikut perangkaan yang dibuat pada tahun 2008.

Pada dasarnya, penubuhan Pejabat Daerah Bintulu adalah dipertanggungjawabkan untuk mengurus tugas-tugas pentadbiran am di peringkat daerah dan adalah bertanggungjawab terus untuk berhubung dengan Residen Bahagian Bintulu untuk memaklumkan apa-apa kejadian yang berlaku di dalam daerah kepadanya dan seterusnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

 


 

 

 

 

 

 

 
Undian
Pengumuman