Surat Akuan / Sumpah ialah prosedur yang digunakan untuk membuat akuan dengan kepercayaan bahawa sebarang maklumat yang tersebut dalam Surat Akuan/ Sumpah adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960. Hanya pegawai-pegawai yang mempunyai kuasa Majistret berkuasa untuk mengakui surat akuan / sumpah.
Bagaimana anda memohon?
-
Kemukakan surat Akuan / Sumpah dan dokumen berkaitan yang lengkap diisi dengan maklumat yang perlu diakui kepada Majistret di Pejabat Daerah (atau Pejabat Residen sekira berlakunya ketidakhadiran Majistret di Pejabat Daerah).
-
Kemukakan Kad Pengenalan.
-
Letakkan setem hasil bernilai RM10.00 pada salinan asal Surat Akuan / Sumpah
(kecuali Surat Akuan / Sumpah di bawah urusan rasmi kerajaan).
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.