picture
 

Sebauh District Info


                    

LATAR BELAKANG

DAERAH SEBAUH 

 

Daerah Sebauh berpotensi berkembang menjadi sebuah daerah yang maju. Daerah Sebauh terletak di dalam Daerah Bintulu dengan keluasan pentadbiran sejumlah 3928 batu persegi. Daerah Sebauh terletak lebih kurang 50 kilometer dari Pusat Bandar Bintulu. Daerah ini berkedudukan strategik kerana bersempadan dengan empat daerah  iaitu daerah Kapit, Belaga, Baram dan Miri. Selain dari Daerah Sebauh, terdapat pekan kecil yang lain iaitu Pekan Tubau, Pekan Pandan dan Pekan Labang. Daerah Sebauh mempunyai 11 buah kampung dan 195 buah rumah panjang yang diiktirafkan dan mempunyai sijil lantikan manakala 2 buah kampung dan 96 buah rumah panjang sudah berdaftar di Pejabat Daerah Sebauh tetapi belum mempunyai sijil lantikan.

Sebelum akhir tahun 1990an, perhubungan utama adalah menggunakan sungai samada kenderaan perahu, bot, kapal atau bot express, namun demikian selepas dibinanya kemudahan Jalanraya seperti Jalan Bintulu/Sebauh, Jalan Ulu Sebungan, Jalan Ulu Sebauh dan Jalan Tubau, Jalan ke Pandan, Maskat dan Labang maka penggunaan jalan sungai agak kurang. Kebanyakkan penduduk menggunakan kenderaan darat yang lebih pantas dan menjimatkan. Walau bagaimanapun terdapat juga kenderaan sungai digunakan di kawasan yang jauh dari pusat bandar yang tidak dapat dihubungi dengan kenderaan darat iaitu di Kawasan Ulu Pandan/Binyo dan Ulu Jelalong.

Daerah ini sering dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari Bintulu yang gemar memancing. Lazimnya, musim memancing yang sesuai ialah ketika musim kemarau. Bandar Bintulu merupakan bandar yang terdekat Daerah Sebauh iaitu kira-kira 44 Km melalui jalan darat.

 

 

Keluasan: 3,928 Km Persegi
Kedudukan: 44 Km dari pusat bandar Bintulu
Bil Penduduk: 33,046 orang

Kegiatan Ekonomi:                     

1. Pertanian (70%)
  2. Kerja Swasta (25%)
 

3. Kerja Sendiri (5%)

Kemudahan Asas: Bekalan Air, Elektrik, Telefon, SRK (11 buah), SMK (1 buah), Klinik Kesihatan (3), Dewan Serbaguna, Balai Raya.
Agensi Kerajaan: Pejabat Daerah Sebauh, Jabatan Pertanian, Bintulu Development Authority (BDA Sebauh), Pondok Polis, Jabatan Pendaftaran Negara,Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB),Pejabat Pos,SESCO, Bomba Sukarela