Daerah Bintulu dinaiktaraf Kepada Bahagian Bintulu
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak mengumumkan bahawa Daerah Bintulu akan dinaiktaraf menjadi Bahagian Bintulu pada 1 Januari 1987 semasa beliau menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Bintulu pada 31 Ogos 1986 oleh Tuan Yang Terutama Tuan Haji Ahmad Zaidi Edruce Bin Muhammad Noor, Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-V. Turut hadir di Majlis tersebut adalah YB Datuk Amar Alfred Jabu ak Numpang, YB Datuk Celestine Ujang ak Jilan dan Datuk Daniel Tajem ak Miri.
Majlis menandatangani dokumen rasmi di antara Residen Pertama Bahagian Bintulu, Encik Empeni Lang (kiri) dan Residen Bahagian Miri, Encik Darrel Tsen (kanan)disaksikan juga Pegawai Daerah Bintulu, Encik Michael Sim Kiam Hui (pertama dari kiri).
Lawatan Rasmi Pembesar & Menteri Ke Bahagian Bintulu
YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud melawat ke tapak Projek di Tanjung Kidurong pada tahun 1981.
YAB Encik Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat lawatan ke Bintulu pada tahun 1987.
Lawatan Raja Chulalongkon (Thailand) ke Bintulu yang diiringi YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada tahun 1988.
Sultan Hassanal Bolkiah (Brunei) membuat lawatan rasmi ke Bintulu pada tahun 1989.
Raja Taufa'ahau IV dari Tonga membuat lawatan rasmi ke Bintulu pada 24 September 1993.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000.
Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit.
Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan.