Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Piagam Pelanggan Pentadbiran Bahagian Bintulu

 

Piagam Pelanggan Pentadbiran Bahagian Bintulu


Piagam Pelanggan Pentadbiran Bahagian Bintulu
 
  1. Memberi perkhidmatan yang berkualiti, Cekap, Amanah dan Mesra setiap masa.
  2. Sentiasa bersedia memberi khidmatan nasihat apabila perkhidmatan kami diperlukan.
  3. Proses pengeluaran Lesen Perkahwinan Sivil Khas yang disertakan dokumen yang lengkap disiapkan dalam tempoh 1 hari.
  4. Proses Permohonan Lesen Pindah Hakmilik Senjata Api melalui Probet / Semasa Hayat disertakan dokumen yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas diterima daripada Pejabat Residen. Kelulusan permohonan akan disampaikan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas Jawatankuasa Senapang Patah Bahagian bersidang.
  5. Pengeluaran Permit untuk Membeli  atau Menukar Senjata dan Peluru Senapang Patah yang disertakan dokumen yang lengkap diselesaikan dalam tempoh 1 hari.
  6. Proses Pengeluaran Lesen Pungutan Awam beserta dokumen lengkap disiapkan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  7. Proses Pendaftaran Sijil Anak Angkat yang disertakan dokumen yang lengkap akan diselesaikan dalam tempoh 10 hari bekerja.
  8. Semua Pembayaran Bil yang disertakan dokumen yang lengkap akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari.
  9. keputusan mengenai Tempahan Bilik Mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari bekerja.
  10. Permohonan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan yang disertakan dokumen yang lengkap diselesaikan dalam masa 10 hari bekerja. Pemindaan nama-nama perniagaan atau pembatalan nama-nama perniagaan diluluskan oleh Pendaftar Nama dalam tempoh 10 hari bekerja. 
  11. Pendaftaran kes-kes Sivil dan Adat Bumiputera beserta dokumen lengkap dilakukan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  12. Penyelarasan dan bantuan bencana kepada mangsa diuruskan dalam tempoh 3 hari setelah menerima laporan.
  13. Sentiasa bersedia untuk memudahcara proses perancangan, melaksana, memantau dan menilai projek-projek pembangunan di peringkat bahagian.

 
 

Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 06 Aug 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup