Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Talikhidmat

 

Talikhidmat


TALIKHIDMAT merupakan satu saluran komunikasi bagi orang awam untuk menghubungi kerajaan dan organisasi-organisasi yang menyediakan perkhidmatan awam di Sarawak. Ditubuhkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sarawak atas cadangan umum, ia bertindak sebagai saluran alternatif untuk membantu orang awam.

Objektif TALIKHIDMAT adalah untuk membantu masyarakat dengan menghubungi mereka dengan kerajaan dan organisasi-organisasi yang sepatutnya untuk mengendalikan kes-kes yang telah dilaporkan. Dengan sistem pengurusan yang berpusat dan berkesan, orang awam akan mendapat bantuan secepat yang mungkin.

TATACARA UNTUK PEMASANGAN SCS TALIKHIDMAT APP

Laman Sesawang

Sila layari laman sesawang Talikhidmat di talikhidmat.sarawak.gov.my atau Portal Kerajaan Negeri Sarawak di www.sarawak.gov.my dengan menggunakan telefon pintar anda.

Jika anda pergi ke laman sesawang Talikhidmat, sila tekan pautan pelantar iOS atau Android untuk memulakan proses memuat turun.

Jika anda pergi ke Portal Kerajaan Negeri Sarawak, silih pilih Aplikasi Mobil dan tekan pelantar iOS atau Android.

Muat Turun Aplikasi Android Muat Turun Aplikasi iOS

 

PENDAFTARAN

Tatacara untuk Memperibadikan Maklumbalas Anda

Untuk daftar, pilih opsyen “Bukan Ahli” dan ikuti langkah-langkah berikut
1.    Masukkan “Alamat Emel”
2.    Cipta dan sahkan “Kata Laluan”
3.    Masukkan “Nama”
4.    Masukkan “Nombor Kad Pengenalan Baru” atau “Nombor Pasport”
5.    Pilih “Bahagian” dan “Daerah” lokasi anda
6.    Masukkan “Alamat”
7.    Pilih  “Hantar”

Setelah “Hantar”, satu pautan akan dihantar ke alamat emel anda untuk pengesahan pendaftaran.

Tahniah. Sekarang anda telah menjadi Ahli.  Anda kini boleh melihat semua maklumbalas anda menerusi Senarai Maklumbalas Saya.

 

Nota:
Semua kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak boleh log masuk menggunakan ID Sarawaknet.

 

MENGEMUKAKAN MAKLUMBALAS

Maklumbalas Saya
 

Untuk mengemukakan maklumbalas, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1.    Masukkan Lokasi Kes
2.   Di bawah Pesanan Anda, pilih kategori maklumbalas dan masukkan maklumat berkenaan maklumbalas anda. (Anda juga boleh muat naik lampiran berkenaan dengan maklumbalas anda)
3.   Seterusnya, masukkan Maklumat Anda. Sekiranya anda telah menjadi Ahli, semua maklumat peribadi anda akan dilengkapkan secara automatik.    

Ciri-ciri Tambahan

4.   Sekiranya anda pilih untuk menggunakan fungsi Peta, sila pastikan GPS anda diaktifkan.  fungsi Peta ini merupakan opsyen tambahan bagi membantu dalam menentukan lokasi Maklumbalas anda. Contoh, lokasi kehilangan penutup lubang banjir.
5.   Untuk Lampiran, anda boleh pilih daripada Galeri Foto atau guna Kamera untuk mengambil gambar.
6.   Untuk hantar, pilih √ di sudut kanan atas  atau X di sudut kiri atas untuk membatalkan transaksi.

Sumber Maklumat: Laman Web TaliKhidmat

 
Undian
Pengumuman