Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

PERMOHONAN SURATKUASA MENTADBIR & SURAT PROBET

 

PERMOHONAN SURATKUASA MENTADBIR & SURAT PROBET


MAKLUMAT UMUM

Probet adalah satu proses pentadbiran harta pusaka seseorang yang meninggal dunia untuk ditadbir dan dipindah kepada waris atau pihak lain. Di Sarawak, pentadbiran estet ditadbir berdasarkan kepada Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka (Administration of Estates Ordinance) Bab 80 dan duti harta pusaka berdasarkan kepada Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance) Bab 29.

Surat Kuasa Pentadbir (Letter of Administration) diberi kepada seseorang untuk mentadbir harta pusaka si mati apabila si mati meninggal dunia tanpa wasiat.

 

Surat Probet diberi kepada pentadbir bagi seseorang yang meninggal dunia berwasiat. Pemohon surat probat hendaklah waris yang sah di dalam wasiat.

Pegawai Probet adalah Pegawai Daerah.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Ordinan Pentadbiran Estet (Administration of Estate Ordinace), Bab 80
Ordinan Duti Harta Pusaka (Estate Duty Ordinance), Bab 29

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON (SYARAT)

Waris yang dewasa dan waras adalah berhak untuk memohon dan diberi Surat Kuasa Pentadbir mengikut keutaman di bawah Seksyen 8, Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka seperti berikut:
1.       Duda Si mati
2.       Anak Lelaki Si mati
3.       Bapa Si mati
4.       Adik-beradik Lelaki Si mati
5.       Balu Si mati
6.       Saudara-mara Lelaki Si mati yang terdekat
7.       Saudara-mara perempuan Si mati yang terdekat
8.       Pemiutang Si Mati.

 

Pemohon Surat Probet hendaklah waris yang sah di dalam wasiat.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN SURAT PROBET & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Sijil Kematian Asal dan salinan (Surat Akuan Sumpah jika tiada Sijil Kematian)
2. Temenggong/Pemanca/Ketua Masyarakat/Ketua Kaum dikehendaki hadir bersama waris simati bagi tujuan pengesahan dalam Buku Daftar Probet.
3. Surat Persetujuan waris jika tidak dapat hadir (letter of consent)
4. Surat Wasiat Asal (3 salinan termasuk asal / jika ada)
5. Surat Sumpah (Bagi kes berwasiat hendaklah daripada 2 saksi)
6. Salinan kad Pengenalan waris terdekat
7. Sijil Nikah (bagi pasangan suami isteri ) / Sijil Lahir (bagi anak-anak simati)
8. Semua dokumen asal harta peninggalan simati dan salinan
  a) Harta Tak Alih, Geran Tanah, Memorandum Pindah Milik Cagaran, Sewaan, Kaveat, dsb.
  b) Akaun Bank, Penyata Akaun Semasa, Buku Akaun Simpanan, Resit Akaun Simpanan Tetap, Resit Pendeposit dsb.
  c) Saham (Sijil Saham & Surat Pengesahan nilai saham pada tarikh kematian gemulah, dsb)
  d) Insuran (Surat pengesahan amaun tuntutan dari Syarikat Insuran)
  e) Perniagaan (Penyata Kunci Kira-kira Akaun Keuntungan & Kerugian pada tarikh kematian)
  f) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) / Surat daripada Pejabat KWSP mengesahkan jumlah tuntutan
  g) Kenderaan (dokumen pendaftaran)
  h) Lesen Pendaftaran Senjata Api

 

Nota: Sila klik pautan ini untuk mendaftar permohonan probet secara atas talian.

 

Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman