|
Pemohon boleh mendapatkan borang di Pejabat Daerah yang berdekatan dengan percuma.
Jenis perniagaan yang boleh didaftarkan:-
Proses pendaftaran nama-nama perniagaan mengambil masa 14 hari bekerja.
Undang-Undang :
-
Akta Syarikat 2016
-
Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974)
-
Kanun Tanah Negeri Sarawak
-
Ordinan-Ordinan Pihak berkuasa Tempatan
-
Keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Yuran
-
RM50.00 (Sijil Pendaftaran)
-
RM25.00 (Lesen Perdagangan)
-
RM 2.00 (Extract)
-
Jumlah RM77.00 (dibayar selepas lesen diluluskan)
2) PENDAFTARAN PERNIAGAAN ENTERPRISE
Nama Syarikat yang akan didaftar mestilah tidak dipunyai atau digunakan oleh syarikat-syarikat
yang sudah didaftarkan.
Dokumen-dokumen diperlukan :
-
Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan.
-
Cop Syarikat Mengandungi Nama Firma dan beralamat penuh.
-
Salinan Surat Perjanjian dengan pemilik premis jika tempat berniaga disewa (Tenancy Agreement).
-
Salinan surat tanah atau surat jual-beli, jika tempat berniaga kepunyaan sendiri (Sale & Purchase Agreement).
Nota : Tempat perniagaan hendaklah dijalankan di Lot Komersial atau Lot Perindustrian dan bukan lot pertanian atau lot kediaman. Semua jenis surat perjanjian dikehendaki membayar Setem Hasil di Pejabat LHDN (Stamping)
|