Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

 

Perkahwinan Khas Bukan Islam


Lesen Perkahwinan Khas Bukan Islam

Definisi :-

 

Perakuan Permohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam bermaksud untuk meluluskan perkahwinan mengikut Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dan Kaedah-kaedah, Seksyen 21(1) tanpa memerlukan pemberitahuan perkahwinan dan memberi kebenaran kepada Pendaftar Perkahwinan untuk mengupacarakan perkahwian dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan ini.

Permohonan Perkahwinan Khas Bukan Islam bermaksud :-

i)   Permohonan Lesen Perkahwinan tanpa memerlukan pemberitahuan perkahwinan dan perakuan untuk perkahwinan (Seksyen 21 (1));
ii)  Permohonan Lesen Perkahwinan bagi perempuan berumur dibawah 18 tahun tetapi telah genap 16 tahun (Seksyen 21 (2));
iii) Permohonan Lesen untuk mengupacarakan perkahwinan di suatu tempat lain daripada Pejabat Pendaftar (Seksyen 21 (3)).

Dokumen-Dokumen Sokongan :-

1. Salinan Kad Pengenalan (Lelaki & Perempuan)
2. Salinan Surat Kelahiran (Lelaki & Perempuan)
3. Surat Akuan Pengesahan Status Perkahwinan
4. Surat daripada Pesuruhjaya (untuk Warga Asing)
5. Nombor Petition Perceraian (Jika Berkenaan)
6. Salinan Passport (Lelaki & Perempuan) (untuk Warga Asing)
7. Salinan Kad Pengenalan (Bapa kepada Pihak Perempuan jika beliau (perempuan) bawah umur
8. Borang Permohonan, Pemberitahuan Perkahwinan dan Akuan Berkanun//Bertulis (Borang JPN.KC02)
9. Persetujuan perkahwinan ibu bapa (jika pemohon (Perempuan) berumur di bawah 18 tahun tapi genap 16 tahun (Borang JPN.KC01D)
10. Persetujuan perkahwinan dari ibu bapa (jika pemohon (Lelaki & Perempuan) berumur di bawah 21 tahun (Borang JPN.KC018)
11. Keputusan Semakan Surat Akuan Bujang Luar Negara daripada Pejabat JPN, Putra Jaya (untuk warga asing Republic of China)
12. Surat pengesahan majikan (jika pemohon adalah Polis & Tentera)

 

Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman