Bersatu Berusaha Berbakti
BINTULU: Seramai 61 keluarga yang dikenal pasti telah menerima sumbangan berupa makanan sempena menunaikan ibadah puasa pada bulan penuh kesyukuran ini.
Sumbangan ini merupakan salah satu usaha dan inisiatif Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju bagi membantu golongan yang memerlukan.
Sumbangan berkenaan diagihkan oleh ahli-ahli pergerakan tersebut ketika menyantuni masyarakat di kawasan Samalaju di bawah Program Ziarah pada Selasa.
Dalam pada itu, ia sedikit sebanyak boleh meringankan beban para penerima terutama sekali dari segi bantuan barangan keperluan asas berikutan kos perbelanjaan yang kian meningkat. -EDISI UKAS