Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KPWK JALIN KERJASAMA DENGAN BDA, BINA KEMUDAHAN BAGI GOLONGAN MEMERLUKAN

Posted on 09 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) telah menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam membina kemudahan bagi golongan memerlukan.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, antara kerjasama itu adalah bagi mewujudkan Tempat Transit Gelandangan (TTG) di Bintulu untuk membantu golongan gelandangan di bahagian tersebut.

Menurut beliau, TTG itu kini dalam proses pembinaan dan akan siap lebih awal dari jadual serta dilengkapi dengan kemudahan yang disediakan mengikut perancangan.

“Sementara itu, kita akan melihat kepada operator bagi mengendalikan tempat tersebut seperti yang dibuat di TTG Sibu,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan keraja ke BDA di sini pada Isnin.

Sementara itu, Dato Sri Fatimah memberitahu, pihaknya dengan kerjasama BDA juga akan membina pusat sokongan sosial komuniti bagi menangani isu sosial di Bintulu.

Seterusnya kata beliau, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama bagi mewujudkan Galeri Kraftangan Bintulu sebagai satu platform atau pusat jualan bagi jualan semua hasil produk tempatan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan Bintulu.

“Galeri ini juga akan menjadi tempat pameran produk kraftangan dan tempatan di samping menjadi pusat bengkel latihan serta demonstrasi secara langsung kepada para pelancong yang datang,” ujarnya. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman