Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

EKSPO PENDIDIKAN SARAWAK BANTU PELAJAR PILIH IPT SESUAI

Posted on 09 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ekspo Pendidikan Sarawak anjuran Yayasan Sarawak dapat membantu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk membuat pilihan institusi pengajian tinggi (IPT) terbaik bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, ekspo tersebut penting untuk pelajar menerokai peluang untuk melanjutkan pembelajaran mereka selain mempunyai pilihan sama ada untuk memilih bidang akademik ataupun kemahiran.

“Inisiatif Yayasan Sarawak dalam menganjurkan program ini merupakan satu usaha untuk memastikan semua pelajar khususnya lepasan SPM dan STPM mendapat maklumat terkini mengenai peluang pendidikan yang ada di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak Daerah Bintulu bertempat di The Spring Mall, Bintulu pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berharap ekspo ini mampu menjadi landasan untuk mendapatkan maklumat terkini khasnya buat para pelajar.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Syahrul Sallamun, wakil Residen Bahagian Bintulu Harun Hata, wakil Pegawai Daerah Bintulu Suzanna Indiat dan wakil Yayasan Sarawak Habsah Seman. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman