Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PEMERIKSAAN KESIHATAN LANGKAH AWAL PENCEGAHAN

Posted on 24 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Orang ramai dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah pencegahan awal terhadap penyakit sekali gus menjamin kesihatan diri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, pemeriksaan berkala penting untuk setiap individu tanpa mengira usia.

“Pemeriksaan secara berkala untuk semua individu adalah penting bagi mencegah penyakit berjangkit,” katanya dalam Program Jelajah Sihat Sarawakku Sempena Hari Sarawak di sebuah pusat beli belah terkemuka di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Johnny memberitahu, program saringan kesihatan tersebut merupakan inisiatif kerajaan Sarawak demi menggalakkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya dalam kalangan golongan B40.

“Program ini disokong oleh klinik swasta dan farmasi dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mereka yang berminat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan hanya perlu mengemukakan kad pengenalan masing-masing,” ujarnya lagi.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angelie Stephen Raja. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman