Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

USAHA TANAH UNTUK MANFAAT DIRI

Posted on 12 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Penduduk yang mempunyai tanah kosong disarankan agar mengusaha dan memajukannya daripada terbiar kosong.

Menurut Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Silkie Tayai, rakyat yang mempunyai tanah pula digalak mengusaha atau dimajukan dengan pendekatan pertanian yang lebih moden kerana cara lama tidak akan mendatangkan hasil yang lumayan.

Katanya, tanah-tanah tersebut terlebih dahulu hendaklah disukat kerana membawa nilai untuk dimajukan.

“Tanah-tanah yang telah disukat akan menyenangkan anda untuk membangunkan tanah tersebut samada secara ‘joint venture’, disewakan, ataupun anda usahakan sendiri dengan pelbagai cara yang ada.

“Oleh itu, saya tekankan supaya tanah-tanah ini mesti disukat kerana akan membawa nilai kepada tanah tersebut untuk dimajukan barulah ia membawa hasil kepada anda semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Ziarah UKAS Sarawak Maju Makmur Bahagian Bintulu di Rumah Tandang Tatau pada Sabtu.

Tambahnya, terdapat pelbagai cara boleh dibuat untuk mengusahakan sendiri tanah yang ada seperti penghasilan produk secara komersial dan dagang.

Ujarnya lagi, penduduk rumah panjang harus menanam tanaman secara komersial yang mendatangkan pendapatan dan bukannya hanya menanam hanya untuk kegunaan keluarga sehaja tetapi sebaiknya menanam produk yang boleh dijual.

Dalam pada itu, Datuk John berkata, Kakus dijangka kekal membangun di bawah Agensi Pembangunan Rascom (RASDA) dan ‘Bintulu Rural Deveploment Task Force’.

Katanya lagi, Kakus satu-satunya daerah yang berada di bawah kedua-dua agensi tersebut dengan agensi masing-masing mempunyai bajet RM1.5 bilion.

“Dengan adanya kedua-dua agensi berkenaan yang mampu meningkatkan pembangunan di daerah ini, Kakus akan maju pada lima tahun yang akan datang dengan kemajuan yang dicapai bukannya hanya pada peningkatan pendapatan ekonomi penduduk tetapi juga pada prasana, jalanraya, dan air,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta, wakil Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datu Takun Sunggah, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin, Tuai Rumah Tandang Tama Kuling, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tingkatan 6 SMK Tatau Danielson Tajak, Penolong Kanan Kokurikulum Tingkatan 6 SMK Tatau Spencer Jilan Gani serta Ketua-Ketua Jabatan. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman