Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

URUS PERSATUAN RUMAH PANJANG SECARA SISTEMATIK

Posted on 28 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

SEBAUH: Persatuan-persatuan rumah panjang perlu mempunyai pengurusan yang lebih teratur.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata semua persatuan-persatuan termasuk Persatuan Penduduk Sungai Sebungan, Sarau Dan Sengkabang (PP3S) yang mempunyai 22 tuai rumah perlu berlajar cara mengurus yang lebih teratur dan sistematik.

“Meskipun terdapat pelbagai persatuan tuai rumah di kawasan Sebauh, hal ini tidak menghalang pemimpin-pemimpin untuk mencari fokus dalam mendapatkan maklumbalas disamping tempat untuk menyampaikan maklumat dan berkumpul bukannya untuk bersukaria.

“Setiap pengerusi persatuan perlu fokuskan hala tuju dan sependapat dalam mengurus persatuan masing-masing dan elakkan pertelingkahan antara persatuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Pertandingan Taboh Dan Ngajat di Rumah Robert Pengabang Sungai Sebungan di sini pada Isnin. 

Tambah beliau, setiap persatuan perlu menjadi Pejabat Daerah yang bertindak sebagai badan penyelia agar setiap aktiviti dari persatuan tuai rumah mendapat bimbingan. 

Justeru, beliau berharap persatuan yang ditubuhkan mempunyai agenda yang jelas untuk mengenalpasti kemampuan serta keinginan dalam usaha mencapai objektif sesebuah persatuan. 

Sementara itu, jalan kebun ‘Palm Road’ yang mempunyai permintaan tinggi di kalangan penduduk di hampir keseluruhan tempat pada masa sekarang. 

“Oleh demikian satu kertas kerja akan dibuat untuk diserahkan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berhubung perkara ini,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Dato Sri Dr Stephen Rundi telah mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM30,000 kepada PP3S, RM10,000 kepada Biro Wanita Rumah Robert dan RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Robert.

Dalam majlis sama, turut berlangsung penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Taboh Dan Ngajat berupa wang tunai dan piala pusingan. 

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Jenny Bangga, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Sebauh Dennis Gasing, Pemanca Limin Anai, Penghulu Lee Lei Sing dan Penghulu Chin Gawing. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman