Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

10 PASUKAN BERENTAP DALAM PERLUMBAAN PERAHU KAYUH, SEMPENA PESTA SEBAUH 2023

Posted on 21 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak 10 pasukan telah berentap dalam perlumbaan perahu kayuh anjuran Pejabat Daerah Sebauh sempena dengan Pesta Sebauh 2023.

Pada acara tersebut, sebanyak tujuh acara dipertandingkan mengikut kategori iaitu lapan pekayuh lelaki terbuka acara kedua, 10 pekayuh lelaki terbuka acara kedua, 15 pekayuh lelaki terbuka akhir, 20 pekayuh lelaki terbuka akhir, 25 pekayuh lelaki terbuka acara kedua, 30 pekayuh lelaki terbuka acara kedua dan acara khas ‘Raja Sungai’ yang menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 serta piala.

Selain dari acara lumba perahu, turut diadakan acara bot laju, pameran, pentas rakyat, Ratu Kebaya, perarakan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), gerai jualan dan banyak lagi.

Bagi acara khas gelaran ‘Raja Sungai’ Lumba Perahu Kayuh telah dimenangi oleh pasukan Khazanah U*Jang iaitu perahu Bungai Nuing yang dimiliki oleh Datin Sri Angelina Ujang dan Harry Francis Lutau.

Dalam pada itu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom juga hadir bagi perasmian ‘flag-off’ Raja Sungai bertempat di Waterfront Sebauh pada Ahad.

Hadir sama Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi dan Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman