Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MANFAAT TEKNOLOGI, PELBAGAIKAN HASIL TANAMAN UNTUK KETERJAMINAN MAKANAN

Posted on 22 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

SEBAUH: Golongan petani dinasihati agar memanfaatkan pembangunan teknologi masa kini bagi mempelbagaikan hasil tanaman sekali gus memastikan keterjaminan makanan negeri ini. 

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memberitahu, petani tidak boleh bergantung kepada tanaman kelapa sawit semata-mata.

“Mereka perlu pelbagaikan tanaman terutamanya tanaman keterjaminan makanan seperti padi, sayuran, buah-buahan dan lain lagi kerana tanaman seperti ini memberi pulangan hasil yang lebih tinggi berbanding hasil penjualan kelapa sawit.

“Pelbagai tanaman telah cuba ditanam seperti koko, lada dan lain namun tanaman seperti ini mungkin mengikuti kesesuaian tanam seperti di kawasan tengah, Sarikei ada tanaman lada, Song dan Kapit ada tanaman dabai, kawasan Binyo ada ikan Tapah dan kawasan Katibas ada empurau,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Program AgriCOP 2024 di Rumah Meikle Ding, Sungai Sekutan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu menambah, corak pemikiran cara pertanian perlu lebih terbuka dengan penggunaan teknologi dan cara moden.

“Kerajaan Sarawak menggalakkan penggunaan ‘Internet of Things’ (IOT) dan pertanian pintar (Smart Farming) dalam industri pertanian untuk menggalakkan golongan muda terlibat dalam bidang pertanian.

“Sebagai contoh, cara pertanian moden di Kampung Rampangi sekarang akan dilaksanakan di stesen pertanian di Sebiew,” ujarnya.

Sementara itu, Dato Sri Dr Stephen Rundi berkata, ‘Bintulu Rural Development Committee’ telah dibentuk untuk memfokuskan kepada pembangunan luar bandar Bintulu terutamanya pembangunan infrastruktur iaitu jalan perhubungan. 

Untuk rekod, Program AgriCOP telah diadakan selama dua hari bermula 19 hingga 20 Januari lepas dengan penyertaan seramai 100 peserta yang terdiri daripada penduduk rumah panjang dan kampung.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Jenny Banga dan Pemangku Pegawai Daerah Sebauh Frances Sherri Lia Jilan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman