Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SMK Tatau TERIMA GERAN MRP AHLI PARLIMEN SELANGAU

Posted on 16 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau menerima sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM40,000 daripada Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta.

Beliau mengumumkan sumbangan MRP tersebut dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tatau 2022 di Dewan Terbuka, Tatau pada Sabtu.

Semasa berucap, beliau juga menjelaskan kepada semua pelajar untuk membuat pilihan ke manakah hala tuju mereka pada masa akan datang sama ada dalam bidang teknikal ataupun akademik. 

Jelasnya, ada di antara pelajar yang kurang berjaya dari segi akademik tetapi tidak perlu berputus asa kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai pusat kemahiran.

Edwin menambah, bidang kemahiran juga amat penting sebagaimana dilihat di beberapa negara luar yang berjaya menjadikan sumber ekonomi berasaskan ‘skill-oriented’ di mana sebanyak 60 peratus tenaga kerja di negara tersebut mempunyai kemahiran.

“Kerajaan kita pada hari ini juga amat menitikberat soal melahirkan pekerja yang berkemahiran dengan menubuhkan pelbagai pusat kemahiran seperti ILP, Giatmara, Pusat Belia, TVET dan sebagainya.

“Oleh yang demikian saya ingin menasihati para pelajar sekalian agar bersungguh-sungguh menimba ilmu.

“Kerana dengan ilmu pendidikan kita akan menentukan masa depan yang lebih cerah,” ujarnya. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman