Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJUNG BATU SANTUNI BELIA DALAM MAJLIS SEMBANG SANTAI

Posted on 10 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming menyantuni belia dalam suatu majlis sembang santai dan jamuan Aidilfitri di sini pada Selasa. 

Majlis anjuran Kelab Futsal Top Eight itu bertujuan untuk memberi peluang kepada belia untuk mengusulkan pendapat serta inisiatif yang boleh dicadangkan bagi pembangunan mampan di kawasan itu. 

Dalam majlis sama, Johnny Pang berkata bahawa beliau percaya akan kebolehan belia di kawasan itu dalam menjadi penggerak dan pelapis untuk meneruskan program-program yang bermanfaat pada masa akan datang. 

Selain sesi santai bersama belia, turut diadakan cabutan bertuah dan hadiah misteri sepanjang majlis berlangsung. 

Hadir sama memeriahkan program tersebut Pengerusi Saberkas Cawangan Tanjung Batu Sophie Sharie dan Pengerusi Kelab Futsal Top Eight Halimah Musa. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 22 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman