Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PREMIER SARAWAK CADANG FUNGSI BDA DIPERLUAS

Posted on 27 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mencadangkan agar peranan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) diperluaskan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, beliau telah berbincang dengan Premier Sarawak untuk menubuhkan sebuah agensi seperti Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA). 

Sebaliknya ujarnya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari mencadangkan pula supaya peranan BDA diperluaskan lagi memandangkan agensi tersebut mempunyai peruntukan tersendiri. 

“Premier Sarawak mencadangkan supaya fungsi BDA diperluaskan lagi kerana mereka mempunyai peruntukan bagi menyelesai masalah keperluan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa Satu 2023 Dan Penyerahan Cek MRP-Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) Fasa Dua 2022 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena. 

Tambah beliau, Residen Dan Pegawai Daerah berkaitan akan mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak bagi membincangkan masalah ‘Missing Road’ di kawasan Ulu Pandan Dan Ulu kakus. 

Dato Sri Dr Stephen Rundi juga mengingatkan setiap rumah panjang yang bercadang untuk dibina semula perlu mempunyai perancangan yang teratur dan mempunyai tabung peruntukan sendiri.

“Peruntukan MRP yang disalurkan hanya untuk membantu menambah dana sedia ada dan perlu diagih dengan berhemah kepada setiap penduduk atau rumah panjang yang memerlukan,” jelasnya. 

Di samping itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu juga menasihatkan agar mesyuarat diadakan serta memaklumkan kepada penduduk rumah panjang selepas menerima peruntukan daripada kerajaan. 

Dalam pada itu, sejumlah RM939,977 telah disalurkan kepada 39 penerima di mana 26 penerima merupakan penerima peruntukan MRP Fasa Satu Tahun 2023 serta 13 penerima peruntukan MRP-PPRMS Fasa Dua Tahun 2022.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Jackson Nanta, Pemanca Limin Anai dan Penghulu Banta Baong. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman