Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MASYARAKAT DISERU GUNA SALURAN BETUL KETENGAHKAN MASALAH

Posted on 11 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Masyarakat rumah panjang diseru untuk menggunakan saluran yang betul dalam menyampaikan permasalahan yang timbul.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, setiap rumah panjang mempunyai Tuai Rumah sebagai penghubung dengan agensi atau wakil rakyat dan pusat khidmat untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Setiap rumah panjang diwujudkan biro pembangunan dan ekonomi untuk membuat perancangan berkaitan dengan kemajuan sesebuah rumah panjang tersebut. 

“Seperti yang sentiasa saya sebutkan maju mundur sebuah rumah panjang itu, banyak bergantung kepada bagaimana seseorang Tuai Rumah itu mentadbir rumahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Rumah Dickson Pedas di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menitikberatkan soal pendidikan anak-anak untuk mereka melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti. 

“Dengan adanya kelayakan akademik sehingga peringkat ijazah akan membolehkan mereka mendapat gaji yang lebih baik dan ini juga menyumbang kepada pendapatan isi rumah kita,” tambahnya. 

Dalam majlis sama, Datuk John Sikie telah mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Dickson Pedas sebanyak RM35,000.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta turut mengumumkan geran MRP sebanyak RM5,000 kepada Biro Wanita JKKK Rumah Dickson Pedas, Rumah Ali dan Rumah Jampi.

Hadir sama Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti dan Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman