Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU LAWAT MANGSA BANJIR DI DESA DAMAI & KAMPUNG ASSYAKIRIN

Posted on 16 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang bersama pegawai Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) telah melawat kawasan banjir kilat di Desa Damai dan Kampung Assyakirin Fasa 1 dan Fasa 2 pada Selasa.

Beliau mendedahkan punca utama banjir kilat ialah hujan lebat pada awal pagi ditambah dengan air pasang mencecah 2.4 meter manakala punca lain ialah longkang yang sempit di kebanyakan kawasan perumahan menyebabkan saliran air melimpah ketika hujan lebat.

Tambahnya, ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang maka beliau mengingatkan penduduk di kawasan banjir kilat dan dataran rendah supaya berhati-hati.

“Saya mengingatkan semua penduduk di kawasan terjejas supaya bersiap sedia menghadapi hujan lebat dan air pasang besar terutama di kawasan yang dilanda banjir dan meletakkan sementara barang-barang penting di lokasi lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai projek pembesar saliran di Kampung Assyakirin, Johnny mendedahkan projek tersebut bakal siap sepenuhnya pada Mac ini.

Tambahnya, beliau berharap pihak kontraktor dan perunding untuk projek pembesaran saliran di kampung tersebut turut mengambil kira terhadap perubahan cuaca termasuk membantu dalam usaha menyelamat.

“Saya akan memantau dengan rapi kemajuan dan menuntut agar kerja dipercepatkan siang dan malam jika cuaca mengizinkan, bagi memberi ketenangan kepada penduduk di kawasan ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Johnny menegaskan agar pegawai BDA perlu memandang serius isu banjir kilat dan merancang sistem perparitan di kawasan perumahan dengan segera terutama di kawasan yang mempunyai longkang sempit.

Selain itu, Johnny menggesa penduduk yang terjejas menghubunginya atau pasukan perkhidmatannya untuk memberikan maklumat lanjut, agar dapat memberikan bantuan dengan segera.

Beliau juga menekankan kepentingan menyediakan nombor hubungan unit kecemasan tempatan kepada penduduk untuk akses segera kepada bantuan kerajaan.

Nombor untuk dihubungi untuk pelbagai agensi kerajaan di Bintulu:

Bilik Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bintulu, Tel: 086-310648
Angkatan Pertahanan Awam, Tel: 086-339781
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tel: 086-332222
Jabatan Kebajikan, Tel: 086-332341
Balai Polis, Tel: 086-312531
Ibu Pejabat Polis Bintulu (Bilik Gerakan), Tel: 086332044
Hospital, Tel: 086-859000, 086-255899



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman