Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

TINGKAT KESEDARAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Posted on 12 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Peringkat Daerah Tatau bagi sesi 2023 hingga 2026.

Ini susulan Mesyuarat Penubuhan dan Pelantikan Ahli JKPD Peringkat Daerah Tatau yang diadakan di Pejabat Daerah Tatau pada Selasa di mana Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa tersebut juga dianggotai oleh agensi kerajaan serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Daerah Tatau dengan beberapa biro telah ditubuhkan di bawahnya termasuk Biro Pendidikan dan Latihan, Biro Sukan Sosial dan Rekreasi, Biro Program Kepulihan, Biro Ekonomi dan Biro Kebajikan.

Dalam pada itu, Jabang menaruh harapan agar penubuhan jawatankuasa itu akan menjurus kepada penganjuran pelbagai program pencegahan dan kesedaran penyalahgunaan dadah di daerah Tatau.

Hadir sama, Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bintulu Mohd Dzulfikhar Abdul Rahim dan Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau Jankey Jikat. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman