Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

PENYERAHAN "GOODIES BAG" TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN JALAN RAYA DI BINTULU

Posted on 20 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak 200 sumbangan ‘goodies bag’ yang mengandungi risalah keselamatan jalan raya, buah kurma, serta bubur lambuk telah diedarkan kepada pengguna jalan raya di sini.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming dalam satu program keselematan jalan raya bersama agensi-agensi kerajaan seperti warga Pejabat Residen, Pejabat Daerah, PUSPAKOM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) di simpang Lapangan Terbang Bintulu pada Selasa.
 

Program keselamatan jalan raya ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri terutamanya buat pengguna yang balik ke kampung halaman masing masing.

Ia bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan serta memastikan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit, Bahagian Perlesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu Inspektor Wee Soon Guan, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bintulu Inspektor Jeffery Jembol, Jurutera Bahagian Bintulu Lau Pit Hwa, wakil dari Pejabat Residen Bintulu Norina Empina, Pengurusan Pentadbiran dan Perlesenan Pejabat PERBINDA Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Hamdan Hambali dan Ketua Cawangan JPJ Bintulu Fedrick Kedo. -EDISI UKAS



Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 30 Mar 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman