Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SUPP CAWANGAN BINTULU PERLU TERUS KOMITED BERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK

Posted on 05 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Barisan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) khasnya Cawangan Bintulu diseru agar terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, SUPP telah diberikan mandat untuk mendapatkan semula konstituensi DUN Tanjong Batu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) dan platform itu harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk membalas kepercayaan yang diberikan.

“Usaha mengekalkan DUN Tanjong Batu pada PRN akan datang kekal sebagai cabaran buat parti kita. Kali ini, kita hanya mendahului lawan dengan 23 undi, ini memberi amaran kepada parti kita bahawa kita tidak boleh leka atau sombong.

“Hari ini, rakyat memilih untuk memberi kita peluang, dan parti kita mesti memanfaatkan platform ini dengan baik untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyumbang kepada kesejahteraan sosial negara.

“Dan prasyarat utama untuk mencapai kejayaan ini adalah kita seperjuangan dalam parti harus bersatu. Selagi teras parti disusun dengan baik, kita boleh memiliki kepercayaan yang utuh,” katanya dalam Majlis Menaikkan Bendera Sempena Ulang Tahun SUPP Ke-64 di sini pada pagi Ahad.

Menurut Johnny lagi, parti tersebut kini dalam proses reformasi bagi menyampaikan perkhidmatan secara lebih cekap termasuk mengadakan kaunter bergerak pada hari Ahad, menubuhkan pasukan perkhidmatan sara hidup rakyat serta melaksanakan pelbagai akviti dalaman secara skala kecil mahupun besar.

“Kesemua ini menyerlahkan sepenuhnya bahawa SUPP tidak lagi seperti dulu. Parti kita merupakan parti sebenar yang berkhidmat untuk komuniti,” ujarnya. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman