Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KUMPULAN BPHB TERUSKAN KEMERIAHAN BULAN SYAWAL

Posted on 14 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Syarikat Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) meneruskan kemeriahan bulan Syawal dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.

Majlis itu telah disertai warga kerja Kumpulan BPHB serta keluarga masing-masing dan juga wakil-wakil dari kalangan pihak berkepentingan syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Ruslan Abdul Ghani berkata, program seumpamanya menyediakan platform untuk syarikat tersebut mendekati serta mengukuhkan hubungan bersama komuniti tempatan serta para pelanggan.

“Harapan saya dengan adanya majlis sebegini, ia akan memekarkan lagi silaturahim antara satu sama lain, memantapkan sikap saling memahami serta merapatkan tahap toleransi sesama kita tanpa mengira bangsa, agama atau kepelbagaian warna dan budaya,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut di Dewan Serbaguna Taman Sri Pelabuhan, Sepait di sini pada Sabtu.

Beliau menambah, Kumpulan BPHB komited untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dari segi perniagaannya dengan menyusun pelbagai strategi serta melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan.  

Dalam pada itu, Ruslan menyeru agar kerjasama penuh terus diberi kepada syarikat itu dalam usaha mencapai kecemerlangan yang disasarkan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu Dato Haidar Khan dan Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman