Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KERAJAAN SARAWAK BERHASRAT REALISASI ELEKTRIFIKASI PENUH MENJELANG 2025

Posted on 30 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kerajaan Sarawak berhasrat merealisasikan aspirasi status bekalan elektrik penuh di negeri ini menjelang tahun 2025.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memberitahu, dalam hal ini Projek Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF) merupakan satu inisiatif berterusan oleh kerajaan Negeri melalui kementeriannya bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk meringankan beban masyarakat luar bandar.

“Projek ALAF bertujuan meringankan beban kewangan pemilik rumah baharu yang memerlukan penyambungan bekalan elektrik di kawasan luar bandar.

“Melalui projek ini, kerajaan Sarawak membiayai sepenuhnya kos pelaksanaan untuk penyambungan elektrik fasa tunggal ke grid elektrik sedia ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Projek Skim ALAF di Rumah Lampoh Dana di sini pada Isnin.

Tambahnya, untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, kos pelaksanaan sebanyak RM7.29 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek rakyat yang melibatkan 397 isi rumah bagi memastikan penduduk menikmati bekalan elektrik tanpa gangguan.

Mengulas lanjut katanya, Projek ALAF di Rumah Lampoh Dana telah disiapkan sepenuhnya pada tahun 2020 termasuk pemasangan meter oleh pihak Sarawak Energy.

Difahamkan, sebanyak RM230 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan Projek ALAF melibatkan lebih 20,000 isi rumah di seluruh Sarawak sejak ia diperkenalkan pada tahun 2018.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, wakil Pejabat Residen Bahagian Bintulu Jenny Erang, Pengurus Kanan Operasi dan Pengurusan Sarawak Energy Wilayah Bintulu Patrick Teo dan Tuai Rumah Lampoh Dana. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman