Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BINTULU TERUS PESAT MEMBANGUN SEBAGAI KAWASAN PERINDUSTRIAN TERBESAR DI SARAWAK

Posted on 15 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bahagian Bintulu terus pesat membangun dan kini menjadi kawasan perindustrian yang terbesar di Sarawak. 

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Dato Majang Renggi berkata, Bintulu dulunya hanya pekan kecil pada tahun 1970 dengan hanya memiliki beberapa buah kedai dan rumah.

Jelasnya, pembangunan hanya bermula pada awal tahun 1980 dan ramai penduduk telah berhijrah ke Bintulu pada pertengahan tahun 1980 untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Kini Bintulu terus pesat membangun dan merupakan kawasan perindustrian terbesar di Sarawak. 

“Semakin hari semakin banyak kilang di kawasan Samalaju dan Kidurong serta kini terdapat dua buah pelabuhan terletak di Bintulu,” katanya semasa berucap di Majlis Pemimpin Bersama Komuniti sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di sini pada Sabtu. 

Dato Majang menambah, ekonomi sesebuah keluarga akan bertambah baik dengan adanya anak-anak yang mempunyai pendidikan.

“Banyak bidang pekerjaan memerlukan kita mempunyai kepakaran dan pengetahuan. 

“Contohnya kilang methanol dan hidrogen yang dibina di Bintulu kini menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada anak anak kita,” tambahnya. 

Justeru, beliau menasihati penduduk tempatan untuk sentiasa memperlengkapkan diri menerima perubahan terutama sekali di dalam bidang pendidikan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM30,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Galin. 

Hadir sama isteri Dato Majang Renggi, Datin Evelyn Ensanggai, Ketua Masyarakat Kawasan Samalaju Penghulu Man Imbak dan Tuan Rumah Galin Andam. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman