Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PEMADAM Cawangan Bintulu Agih Bubur Lambuk

Posted on 14 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Cawangan Bintulu tidak ketinggalan mengadakan majlis pengagihan bubur lambuk sebagai menyemarakkan sambutan Ramadan.

Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada agensi kerajaan termasuk orang awam dalam program tersebut.

Timbalan Residen Bintulu Abang Zainudin Abang Turkey ketika ditemui mengucapkan rasa syukur kerana program ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Saya berasa amat bersyukur kerana kita dapat menganjurkan program yang bermanfaat seperti ini dan berharap ianya akan diadakan lagi di tahun-tahun yang akan mendatang.

“Ini kerana program seperti ini dapat merapatkan lagi silaturrahim antara satu sama lain,” katanya semasa merasmikan Program Bubur Lambuk Ramadan 1444H ‘Pemadam Care For You, Jauhi Dadah Hidup Penuh Erti’ di Ruang Legar Pejabat Daerah Bintulu pada Selasa.

Sementara itu, Pengerusi PEMADAM Bintulu Muhammad Dino berkata, program itu diadakan bertujuan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Beliau turut berterima kasih kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) dan Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) cawangan Bintulu dan Tatau kerana telah bertungkus lumus bersama-sama menjayakan program penuh bermakna itu. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman