Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BINTULU BERPOTENSI MENJADI HAB PENDIDIKAN

Posted on 23 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bintulu berpotensi menjadi hab pendidikan selain daripada sebuah bandar industri melalui penganjuran persidangan perubatan secara kerap.

Menurut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angelie Stephen Raja, Persidangan Penjagaan Paliatif 2023 yang julung kali diadakan di Bintulu merupakan satu peristiwa penting. 

Jelasnya, Bintulu merangkumi pelbagai sektor seperti minyak & gas, perkapalan, tenaga, bioindustri, logam berat, minyak sawit, kayu, dan perubatan. 

“Inisiatif ini menggambarkan Bintulu bukan sekadar Bandar Perindustrian tetapi juga boleh berfungsi sebagai hab pendidikan,” katanya semasa merasmikan Persidangan Penjagaan Paliatif 2023 di sini pada Jumaat. 

Difahamkan persidangan yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 150 peserta daripada pelbagai agensi swasta, kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). 

Persidangan yang bertemakan ‘New Insights on Improving Quality Palliative Care’ ini memberi tumpuan kepada banyak bidang utama yang penting dalam menyampaikan Penjagaan Paliatif kepada pesakit dalam teknologi moden di samping menyediakan platform terbaik untuk rangkaian, perkongsian pengetahuan dan kerjasama di kalangan peserta.

Oleh itu, Angelie Stephen menyeru orang ramai untuk menggunakan platform ini di dalam mempromosikan pendidikan awam dan menggalakkan perbualan terbuka tentang penjagaan paliatif.

Turut hadir Pengerusi Persidangan Penjagaan Paliatif 2023 & Pengurus Besar Hospital Columbia Asia Bintulu Hazlim Sham Ibrahim, Penasihat Persidangan Palliative Care 2023 & Pengarah Hospital Besar Bintulu Dr Suzalinna Sulaiman, Pegawai Daerah Kesihatan Bintulu Dr Melvin Chung Hs’ien Liang dan Presiden Persatuan Paliatif Bintulu Matron Asmedia Awing Lawai. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman