Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PESTA TATAU 2023 TARIK LEBIH 75,000 PENGUJUNG SETAKAT SABTU

Posted on 15 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Pesta Tatau 2023 telah menerima sejumlah 75,000 pengunjung semenjak hari pertama penganjurannya sehingga Sabtu lepas.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, jumlah tersebut akan bertambah pada penghujung pesta ini nanti.

Beliau yakin dari segi pulangan, pesta kali ini mampu melepasi jumlah RM3.8 juta yang disasarkan.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar semua pihak termasuk ahli jawatankuasa pengurusan dan Pejabat Daerah Tatau bekerjasama dalam membawa kejayaan kepada pesta ini.

“Jadi saya juga minta penjual jangan sembunyikan pendapatan yang anda perolehi pada pesta ini, kerana pihak kita boleh mencadangkan sama ada wajar atau tidak untuk mengadakan pesta jualan pada pesta seterusnya.

“Sepanjang 16 hari pesta ini diadakan, jika untung bersih anda tidak mencecah RM3 Juta, ianya amat merugikan kerajaan yang telah menyediakan tapak khas untuk peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Pesta Tatau 2023 di Pentas Utama Pesta Tatau 2023 pada Sabtu.

Dalam pada itu, pada pesta tersebut juga diadakan pelbagai persembahan kebudayaan yang dipersembahkan antaranya pesembahan kebudayaan mewakili pelbagai suku kaum dari daerah Tatau termasuk persembahan Ngajat, Kuntau, Kesut, Persembahan Datun Julut wanita dan lain lain lagi.

Selain itu, program tersebut turut dimeriahkan dengan pertandingan Ratu Etnik yang telah dimenangi oleh Vivian Kuan yang membawa balik wang tunai berjumlah RM2,500 beserta trofi.

Manakala, Naib Johan pula dimenangi oleh Stephanie Elam yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2,000 serta trofi dan Tempat Ketiga disandang Viviana Uring dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 serta trofi.

Di samping itu, terdapat Anugerah Khas iaitu Miss Congeniality, Miss Photogenic dan Best Talent yang mana ketiga-tiganya telah dimenangi oleh Emelly Clara.

Terdahulu, Datuk John Sikie turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua jawatankuasa yang bersama sama menjayakan Pesta Tatau 2023.

Hadir sama pada Majlis Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Pengelola Jawatankuasa Pesta Tatau 2023, Jabang Juntan, Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta, Setiausaha Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Wan Ibrahim Wan Ali serta tetamu lain. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman