Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

Duta Jepun Ke Malaysia Adakan Lawatan Rasmi Ke Sarawak

Posted on 04 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko tiba di Bintulu untuk lawatan rasmi selama dua hari di Sarawak. 

Beliau bersama rombongan tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada pagi Isnin melalui pesawat MH2742. 

Takahashi memulakan lawatan di Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Tanjung Kidurong di mana beliau serta rombongan diberi taklimat berkaitan penubuhan Petronas dan juga aspek-apek keselamatan apabila berada di loji seliaan syarikat tersebut. 

Seterusnya, Duta Jepun ke Malaysia itu dibawa melawat kawasan loji itu untuk meninjau sendiri keadaan di situ. 

Dalam pada itu, Takahashi ketika ditemui berharap agar kerjasama antara Jepun dan Malaysia termasuk Petronas terus dikekalkan demi kemakmuran ekonomi bersama. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sambutan mesra daripada Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti dan pihak Petronas sepanjang lawatannya di Bintulu. 

Selesai lawatan di Kompleks LNG Petronas, Takashi dan rombongan dibawa melawat ke Pantai Tanjong Batu sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Bintulu untuk menaiki pesawat AK6059 ke Kuching pada malam Isnin. 

Hadir sama pada lawatan di Kompleks LNG Petronas itu ialah Penasihat Ekonomi Hosomi Masashi, Setiausaha Pertama Kurotani Yosuke, Naib Presiden (Perdagangan dan Pemasaran LNG) Petronas Shamsairi Ibrahim dan Pengarah Pengurusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat LNG Malaysia Mohamed Syazwan Abdullah. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 22 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman