Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PENGGUNAAN COGAN KATA 'SEGULAI SEJALAI' PUPUK SEMANGAT PERPADUAN

Posted on 11 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Penggunaan cogan kata ‘Segulai Sejalai’ mampu memupuk semangat perpaduan di negara ini bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuhkan keharmonian pelbagai kaum.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, keharmonian rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di Sarawak yang terjalin sejak sekian lama harus menjadi tauladan khususnya dalam kalangan masyarakat majmuk.
 

“Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cogan kata ‘Segulai Sejalai’ akan digunakan di seluruh negara.

“Ini adalah kerana cogan kata ini dapat menyatupadukan rakyat di negara ini yang berbilang kaum.

“Kita tahu, kita di Malaysia ini berbilang bangsa dan adat resam, khususnya di Sarawak yang mempunyai lebih 30 bahasa. Oleh itu pentingnya cogan kata ini adalah untuk menyatupadukan kita,” katanya.
 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Rumah Degom, Nanga Puti, Kakus, Tatau pada Ahad.

Justeru itu katanya, Perdana Menteri melihat Sarawak sebagai contoh perpaduan yang hidup dalam suasana harmoni walaupun berbeza kaum, agama dan adat resam.

“Lihat sahaja contoh pada majlis ini, ia dihadiri masyarakat Iban, Punan, Beketan dan lain-lain lagi,” ujar beliau.
 

Tambah beliau, perpaduan ini harus dikekalkan kerana ia memudahkan pelaksanaan program-program pembangunan.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM17,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Degom. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman