Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK & BUBUR PEDAS ERATKAN PERPADUAN WARGA KAMPUNG DI BINTULU

Posted on 03 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Jabatan Perpaduan Bintulu dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Bintulu telah mengadakan acara memasak bubur lambuk secara serentak di tiga buah kampung di sini bersempena dengan Kembara Perpaduan Malaysia Madani yang dilaksanakan di seluruh negara.

Program Gerak Rahmah 2023 Jom Masak Bubur Lambuk ini telah disertai oleh Kampung Assyakirin Fasa 2 dan 3 serta Kampung Jabai dengan perasmian program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming di Kampung Jabai pada Sabtu.

Beliau ketika ditemui berkata, program pengagihan sumbangan seumpamanya mampu memberi kesedaran mengenai semangat perpaduan di mana tidak ada mana-mana individu yang akan dilupai mahupun ditinggalkan.

“Saya berharap umat Islam akan mengalukan rakan-rakan lain yang berbilang kaum dan agama bagi berkongsi kegembiraan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan toleransi yang diamalkan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Jabai Johny Jimon memberitahu, KRT Kampung Jabai memutuskan untuk memasak bubur pedas Sarawak memandangkan warga tempatan lebih mengutamakan juadah berkenaan.

“Lebih 100 keluarga telah menerima sumbangan bubur pedas di kampung ini. Dalam pada itu, saya amat berterima kasih kepada Jiranita KRT Kampung Jabai kerana turut sama memasak juadah yang lazat ini untuk warga kampung pada setiap tahun,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ADUN Tanjong Batu atas kehadirannya yang mampu merapatkan lagi hubungan antara penduduk kampung dengan wakil rakyat setempat.

Hadir sama, Pegawai Perpaduan Bahagian Bintulu Diana Seliman dan Pengerusi Permuafakatan KRT Bahagian Bintulu Awang Madihi Awang Yatim. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 22 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman