Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PETRONAS TERUS ANJUR PROGRAM KEMASYARAKATAN

Posted on 30 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Program kemasyarakatan menerusi tiga teras utama iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti terus giat dilaksanakan melalui kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd bersama Petronas Sarawak, Yayasan Petronas dan Petronas Dagangan Bhd (PDB).

Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd Anuar Ismail berkata, program tahunan iaitu Program Memacu kehidupan merupakan inisiatif di bawah teras kesejahteraan dan pembangunan masyarakat bagi membantu masyarakat setempat melakukan persediaan untuk menyambut perayaan.

Bagi perayaan Gawai pada tahun ini, PETRONAS telah menyalurkan bantuan kepada 550 keluarga di Sarawak dan berharap agar sumbangan makanan asas serta hamper biskut bertemakan perayaan ini dapat memberikan keceriaan semasa sambutan Gawai kelak.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada program tersebut demi memastikan sumbangan dapat disalurkan kepada penerima yang layak dan memerlukan.

Mengulas lanjut katanya, beliau yakin bahawa kerjasama erat di antara Petronas dan agensi kerajaan akan terus dipertingkatkan dalam usaha memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Turut hadir ialah Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainudin Abang Turkey, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu Sharifah Mordiah, wakil Pegawai Daerah Bahagian Bintulu Seavers Miot Ngipa. –EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman