Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

150 KOTAK LIMAU MANDARIN DISUMBANG KEPADA PERSATUAN MASYARAKAT CINA DI TATAU

Posted on 04 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

KAKUS: Sebanyak 150 buah kotak limau mandarin telah disumbang kepada beberapa wakil persatuan masyarakat Cina di Tatau, sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut beberapa hari lagi. 

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Tony Emat mewakili Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta dalam satu majlis ringkas di perkarangan Pusat Khidmat ADUN N60 Kakus, pada Jumaat.

Menurut Tony, ia sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli persatuan berkenaan, di samping memperkukuhkan ikatan sosial dalam komuniti. 

Selain itu, turut disampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Persatuan Kwong Wai Siew Tatau, Persatuan Teochew Tatau Sarawak, Tatau Foochow Association Bintulu (1990), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tatau, Tadika Chung Hua Tatau termasuk Tatau Chinese ( Nam San Teng ) Charitable Trust Board.

Hadir sama ialah Pemanca Gerosen Jubin dan Kapitan Lim Tcia Hong.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman