Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KES TANGKAPAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI BINTULU MENINGKAT

Posted on 30 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Satu mesyuarat telah diadakan bagi merancang aktiviti-aktiviti memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan belia dan dewasa oleh PEMADAM daerah Bintulu.

Ia berikutan peningkatan jumlah kes dan tangkapan pada tahun 2023 berbanding tahun 2022 di mana pada bulan Januari hingga Julai 2023 sebanyak 607 kes telah dibuka dan sejumlah 627 tangkapan dilakukan.

Faktor peningkatan tangkapan kes meningkat pada tahun ini kerana semakin banyak operasi, tindakan dan tangkapan yang telah dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah( IPD) bahagian Narkotik bagi membendung isu dadah di bahagian Bintulu.

Baru-baru ini, beberapa orang pelajar dan pekerja (swasta) didapati positif semasa saringan air kencing yang dilakukan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bintulu semasa program dijalankan. 

Selain itu, Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu Muhammad Dino Amit turut menasihatkan para penjawat awam amnya agar tidak sesekali terlibat dengan dadah kerana ia akan merugikan diri mereka sendiri. 

Berdasarkan rekod yang dibentangkan oleh Pegawai AADK, tiada sebarang rekod yang melibatkan penjawat awam kerajaan dalam pengambilan dadah dengan kes hanya melibatkan pekerja swasta dan juga pelajar sekolah.

Pihak IPD Narkotik mahupun AADK Bintulu juga berharap masyarakat setempat memberi kerjasama dalam memberikan maklumat kepada mereka agar tindakan dapat diambil, elakkan untuk sikap ‘viral’ di dalam media sosial, kerana isu berkeaan akan diputar belit oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu Kederi Yusof, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu Inspektor Irwanshah Saileh, Pegawai AADK Bintulu Nicholas Sam, Ahli-Ahli Jawatankuasa PEMADAM Bintulu dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman