Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

CEO BAHARU BPHB ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PREMIER

Posted on 22 Mar 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) yang baharu Ruslan Abdul Ghani telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian di Kuching pada 16 Mac lalu.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat BPHB, Ruslan menyertai BPHB bermula 1 Mac lalu dan merupakan seorang pemimpin industri yang berpengalaman dalam industri minyak dan gas.

"Sebagai ketua pegawai eksekutif baharu beliau berazam untuk menggalak pertumbuhan dan mencipta nilai kepada pemegang saham serta pelanggan dalam memastikan syarikat akan terus kekal di barisan hadapan rantaian pelabuhan dan logistik," tambah kenyataan itu.

Pada masa sama katanya, kunjungan hormat tersebut membincangkan kerjasama Kumpulan Pelabuhan Bintulu bagi menyokong usaha kerajaan negeri dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan di kawasan Sarawak. 

Ujarnya, perbincangan turut memberi tumpuan kepada penerokaan peluang pelaburan baharu, juga perkongsian potensi yang akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.Tambahnya, pertemuan tersebut turut disertai Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB Maslihah Tioh, Pembantu Eksekutif kepada Ketua Pegawai Eksekutif BPHB Nhaddya Wahed dan Pengurus Komunikasi Korporat BPHB Halfi Ideris.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman