Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KARNIVAL INTELEK 2023 CERMIN MASYARAKAT MAJU

Posted on 15 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Penganjuran Karnival Intelek 2023 mampu menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat di bandar ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, program kerjasama strategik seperti ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa depan kerana ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Bintulu khususnya.

“Saya yakin apa yang akan kita laksanakan pada masa sekarang merupakan cerminan masa depan. 

“Maka, apa yang akan kita lakukan bermula detik ini sesungguhnya berteraskan rasa tanggungjawab dan amanah yang telah kita terima terutamanya dalam memastikan matlamat negeri Sarawak maju menjelang 2030 tercapai,” katanya semasa merasmikan Karnival Intelek 2023 di sini pada Isnin.  

Tambah Datuk Talib, kerajaan Sarawak sentiasa menyambut baik dan mengalu-alukan usaha yang berterusan dalam memastikan negeri ini maju dalam pelbagai aspek menjelang 2030.

“Saya percaya dan yakin Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan terus cemerlang dalam menjalankan peranannya sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab dalam membina dan mewujudkan bandar maju dan makmur di negeri Sarawak ini,” tambahnya. 

Justeru, beliau berharap penganjuran program seumpamanya dapat merancakkan aktiviti berkaitan bahasa, sastera dan kebudayaan dalam kalangan warga Bintulu di samping melahirkan masyarakat yang berilmu, berinovasi dan kreatif. 

Difahamkan, karnival anjuran BDA dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu ini menawarkan sebanyak 31 aktiviti termasuk Wacana 45 Tahun BDA, Program Bimbingan Penulisan Kreatif, Taklimat Buku dan Majalah, Pertandingan Teka Silang Kata dan lain-lain.

Hadir sama, Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman