Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SARAWAK SEDIA CADANGAN, LANGKAH AMBIL ALIH PELABUHAN BINTULU

Posted on 30 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini berada di fasa penyediaan cadangan bagi mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia adalah susulan kerajaan persekutuan telah bersetuju secara prinsip mengembalikan autonomi Pelabuhan Bintulu kepada negeri ini.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan timbalannya, secara prinsip kerajaan persekutuan telah bersetuju.

“Cuma pada masa sekarang kita menyediakan apakah cadangan-cadangan terperinci yang akan kita kemukakan kepada Kerajaan Persekutuan yang menjadi langkah untuk kita mengambil alih Pelabuhan Bintulu ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa Lawatan Kerja Pemantauan Projek Infrastruktur di Rumah Stanly Lunyong di Kuala Serupai di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, projek Jambatan Jepak dijangka siap pada Oktober 2024.

Jelasnya projek yang kini mendahului jadual bakal mengubah landskap pembangunan Bandar Bintulu selain memendekkan jarak perjalanan dari bandar itu ke Lapangan Terbang Bintulu.

“Kita telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga kontraktor bagaimana kita hendak mengurus masalah berkaitan bahan binaan dan tenaga kerja.

“Jika masalah ini dapat kita atasi, saya yakin projek ini dapat disiapkan pada Oktober 2024, ” tambahnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM130,831,500 bagi meringkankan beban 2,041 Ketua Isi Rumah (KIR) menerusi Bantuan Ehsan Kebakaran dari tahun 2020 hingga 2023.

“Pada 2023 hingga kini seramai 214 KIR telah menerima bantuan tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM14,450,000.

“Manakala untuk bahagian Bintulu sahaja pada tahun ini seramai 72 KIR telah menerima bantuan sebanyak RM3,585,000,” jelas beliau.

Hadir sama dalam program tersebut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam, Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee serta para hadirin yang lain. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman