Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN JEPAK SAMBUT BAIK PENGANJURAN AKTIVITI KESIHATAN LIBAT MASYARAKAT SETEMPAT

Posted on 01 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

JEPAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee sentiasa berbesar hati untuk membantu dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan untuk manfaat masyarakat setempat.

Katanya, penganjuran aktiviti Kesihatan khususnya harus dilaksana dengan melibatkan pelbagai lapisan komuniti.

“Saya juga berbesar hati untuk membantu sekiranya ada program yang melibatkan aktiviti sihat seperti Muay Thai dan tinju selain aktiviti zumba yang mampu melibatkan pelbagai lapisan masyarakat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan pembukaan premis ‘Jepak Brothers (JB) Gym, Boxing & Car Rental’ di Jalan Sibiyu di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Iskandar mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha pemilik premis berkenaan yang merupakan anak jati Vaie dalam menubuh serta memperluaskan perniagaan mereka. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman