Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BANTU MASYARAKAT TANPA KIRA BANGSA

Posted on 02 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta berikrar akan membantu seluruh masyarakat di sini tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau berjanji akan terus memperjuangkan hak masyarakat Tatau daripada segi kebajikan mahupun pelajaran. 

“Saya berjanji saya akan sedaya upaya membantu dari segi kebajikan dan pelajaran agar kita semua sama-sama berjaya,” ujarnya semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Baru Tatau pada Isnin. 

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM25,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Tatau. 

Selain itu, beliau juga berjanji untuk menyumbangkan seekor lembu kepada Kampung Dagang dan seekor lagi kepada Kampung Baru Tatau pada Hari Raya Aidiladha yang akan datang. 

Seramai 300 orang hadirin terdiri daripada agensi kerajaan dan penduduk kampung di Daerah Tatau memeriahkan majlis tersebut.

Hadir sama isteri Ahli Parlimen Selangau Cecilia Vincent Entering, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Winnie Dian dan Raden Azamry bin Raden Perhan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau Jankey Jikat dan Pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau Insp. Raden Mohd Azlan Raden Perhan, Ketua Kampung Baru Tatau Ahmad Mohd Mokthar dan Pengerusi Program Salihin Talip. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman