Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DATO SRI JOHN SIKIE BERKUNJUNG KE 12 BUAH KEDIAMANAN MASYARAKAT CINA TATAU

Posted on 20 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai serta isteri Datin Sri Melia Gelen berkunjung ke 12 buah kediaman masyarakat Cina di Tatau pada hari pertama Tahun Baharu Cina. 

Kunjungan tersebut turut disertai masyarakat pelbagai kaum selain ketua-ketua jabatan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Daerah Tatau. 

Dato Sri John Sikie berkata, amalan kunjung mengunjung semasa musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan perayaan lain bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sarawak

“Amalan seperti ini bukan sahaja diadakan seperti di Tatau malah kita di Sarawak.

“Kita hidup, bersatu padu, saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum, budaya dan agama,” katanya ditemui media ketika kunjungan tersebut. 

Pada tahun ini sambutan Tahun Baharu Cina disambut meriah dengan menyediakan pelbagai sajian tradisi dan kuih muih.

Turut hadir Ketua Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar Tatau.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman