Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

RAMAH TAMAH PERAYAAN WADAH ERATKAN SILATURAHIM

Posted on 19 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Majlis ramah tamah sempena musim perayaan termasuk Aidilfitri merupakan antara landasan terbaik bagi sesebuah organisasi untuk mengeratkan tali silaturahim sesama warga kerjanya.

Pegawai Daerah Bintulu, Muhammad Dino Amid berkata, ia wajar diadakan oleh setiap organisasi sama ada di peringkat agensi atau jabatan untuk berkongsi rasa dan kegembiraan ketika muim perayaan.

“Sebagai sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama, sikap toleransi dan saling menghormati harus diterapkan dalam setiap organisasi sebagai tanda kebersamaan serta menerima budaya serta kepercayaan setiap kakitangan,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran bersama Badan Kebajikan Pekerja Islam Pejabat Residen dan Daerah Bintulu dan Pentadbiran Daerah Bintulu di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada Jumaat.

Muhammad Dino berkata, sambutan kali ini hanya melibatkan warga kerja berkaitan manakala sambutan pada tahun akan datang pula dijangka akan turut melibatkan agensi atau jabatan lain sekitar Bintulu termasuk jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di kampung atau rumah panjang.

“Pada tiga tahun lepas, sambutan Aidilfitri sebegini telah diadakan dan melibatkan komuniti setempat, namun ianya tidak diadakan lagi selepas itu disebabkan oleh kekangan Covid-19.

“Pada fasa endemik ini dengan sektor seluruh negara mulai dibuka secara berperingkat, saya percaya bahawa lebih banyak program yang akan dapat diadakan pada masa akan datang khsususnya sambutan perayaan sebegini serta aktiviti lain yang membolehkan pihak dari Pejabat Daerah dan Residen berinteraksi dan mendekati komuniti setempat,” jelasnya lagi.

Hadir sama, Pengerusi Badan Kebajikan Pekerja Islam Pejabat Residen dan Daerah Bintulu Raden Azamry Raden Perhan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman