Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PROGRAM RESTORASI LANDSKAP HUTAN PASTIKAN SARAWAK TERUS KEKAL HIJAU

Posted on 26 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Program restorasi landskap hutan di negeri ini akan memastikan Sarawak kekal hijau seiring dengan agenda pembangunan semasa.

Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan dan Pembangunan) Happysupina Sait berkata, usaha Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat telah memberikan impak positif terhadap kepentingan pemeliharaan serta pemuliharaan hutan. 
 

Katanya, ia sekali gus memastikan Sarawak dilitupi sekurang-kurangnya 62 peratus hutan dan terus kekal hijau pada masa depan.

“Bagi tujuan itu program ‘Le Tour De Restoration’ dilihat sebagai langkah terbaik bagi memastikan kehijauan bumi dan pembangunan semasa bergerak seiring dan seimbang.

“Apa yang dilaksanakan pada masa sekarang merupakan kesinambungan kepada program restorasi landskap hutan negeri yang telah dilancarkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pada 15 Jun 2019 di Sabal Agroforestry Center,” katanya.
 

Beliau berkata demikian dalam Program Penanaman Pokok sempena Le Tour De Restoration 2.0 Peringkat Bahagian Bintulu di Taman Muhibbah Bintulu pada Isnin.

Program ini telah diangkat sebagai salah satu agenda kerajaan Sarawak bagi memperluaskan lagi litupan hutan di negeri ini terutama di kawasan hutan yang dikelilingi oleh spesis kayu yang bernilai tinggi.

Justeru, Happysupina berkata, program restorasi hutan ini tepat pada masanya kerana selaras dengan usaha kerajaan yang ingin menuju ke arah status ekonomi hijau dan mesra alam menjelang 2030.

Tegasnya, semua pihak harus memainkan peranan proaktif bagi menggalakkan penanaman semula hutan melalui pelbagai program yang berkaitan. 

“Harus diingatkan bahawa setiap satu ekar tanah yang dilitupi hutan dapat membekalkan sekurang-kurangnya bekalan oksigen buat 18 individu setahun yang mana lebih banyak pokok ditanam dan dikekalkan, maka lebih sihat dan lebih baik lagi tahap kesihatan sejagat,” ujar beliau lagi.

Hadir sama, Pegawai Daerah Bintulu  Muhammad Dino Amid, wakil Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Maimunah Matali dan Pegawai Hutan Wilayah Bintulu Hwang Chiong Hee. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman