Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SAMBUTAN GAWAI PUPUK PERPADUAN ANTARA KAUM

Posted on 05 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kesejahteraan dan keharmornian antara kaum semasa sambutan Hari Gawai tahun ini adalah hasil daripada sikap toleransi dan perpaduan antara pelbagai kaum dan agama masyarakat Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, konsep Malaysia MADANI sudah lama wujud di Sarawak, maka tiada masalah bagi rakyat Sarawak untuk mengamalkannya sejak dahulu lagi.

Beliau juga menegaskan agar berwaspada dengan anasir orang luar yang ingin mengugat kestabilan perpaduan masyarakat setempat yang menimbulkan isu-isu berunsur provokasi dan sentimen keagamaan.

“Kita harus menolak budaya perpecahan yang akan mengugat kestabilan kaum dan sekiranya masyarakat kucar kacir, amat sukar untuk mengadakan sambutan Gawai, Raya serta Krismas,” ujar beliau semasa Rombongan Ngabang Gawai 2023 pada Ahad.

Rombongan Ngabang Gawai 2023 kali ini lebih meriah dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk rumah panjang, antaranya ialah Rumah Panjang Chaong Sungai Serupai, Rumah Saong Sungai Kemana, Rumah Ningkan Sungai Setiam, Rumah Ijau Sungai Sebemban, Rumah Sait Tengan Sembawang, Rumah Philip Sungai Segan, Rumah Joshua Manit Sungai Setiam dan Rumah Saging Sungai Semanok. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman