Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BINTULU INTERNATIONAL MARATHON KEMBALI 6 OGOS INI

Posted on 12 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) tampil sebagai rakan strategik dengan pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk penganjuran program Bintulu International Marathon 2023 (BIM2023).

Program marathon bertaraf antarabangsa ini merupakan acara yang dinanti-nantikan sempena ulang tahun ke-45 Lembaga Kemajuan Bintulu yang akan diadakan pada 6 Ogos 2023 bertempat di Lapangan Terbang Lama Bintulu. 

Selain daripada mempromosikan gaya hidup sihat, kecergasan dan kesejahteraan, BIM2023 juga dapat mempromosikan bandar Bintulu sebagai destinasi pelancongan sukan dan meletakkannya dalam peta marathon dunia.

Program berkenaan akan dianjurkan bersama Lembaga Kemajuan Bintulu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) serta Wynn Wynn Enterprise (WWE).

Ia menawarkan empat kategori iaitu marathon penuh (42KM), marathon separuh (21KM), larian 10km dan larian 6km.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif BPHB Ruslan Abdul Ghani telah menyempurnakan majlis penyerahan tajaan berupa mock-cheque berjumlah RM100,000 kepada Pengurus BDA Datu Muhammad Yakup Kari di Bintulu pada Selasa.

Majlis ringkas tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Bintulu Sharpini Daud, Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat BPHB Maslihah Tioh, Pengurus Besar Kuching Association Marathon Ngo Siew Haw dan Pengurus Besar Miri Association Marathon Yeo Hui Teck. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman