Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

PELBAGAI TANAMAN, JANGAN HANYA MEMFOKUS KELAPA SAWIT

Posted on 10 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Golongan petani di daerah ini disaran supaya jangan hanya fokus kepada tanaman kelapa sawit sahaja, namun mempelbagaikan tanaman yang diusahakan khususnya sayur-sayuran.

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, golongan petani harus membuka mata dan minda mereka kepada tanaman yang senang diusahakan serta tidak memerlukan tenaga yang banyak namun mampu menghasilkan pendapatan lumayan.

“Harga kelapa sawit sekilo hanyalah 60 sen sekilo manakala harga terung pula RM 5 sekilo.

“Kalau satu tan terung, anda boleh memperoleh RM5,000, manakala satu tan kelapa sawit pula hanya RM600, maka anda perlu pilih mana satu nak diusahakan,” ujarnya dalam Majlis Perasmian Sebauh Agrofest pada Ahad.

Katanya lagi, perubahan atau mencuba sesuatu yang baharu bukanlah suatu usaha mudah, namun begitu setiap petani harus berani menukar corak pertanian.

Justeru, beliau berharap orang ramai yang bergiat dalam sektor pertanian di daerah ini harus memulakan langkah peralihan baharu dari corak pertanian tradisional kepada pertanian moden sama ada secara fertigasi atau hidroponik.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak Martin Ben, Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat dan Ketua Bahagian Dasar Dan Pembangunan Gluma Saban. – EDISI UKAS



Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 05 May 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman